Wednesday 18 April 2012

rasa hati

kau yang mengajar aku erti perasaan cinta kepadaku,
perasaan dihargai saat kau membalas perasaan ku,
walau tiada ikatan yang terjalin antara kita berdua..

namun kau jua yang mengajar erti keperitan dalam hidupku,
saat kau memilih dia dan bukan aku,
mungkin jua silapku yang mengatakan masih belum bersedia untuk mu suatu masa dahulu,
tapi bukankah seharusnya kau mengerti maksudku yang menginginkan waktu?..

kau tinggalkan daku tanpa pesanan,
berita kau memilih dia menjadi selumbar yang tertusuk jauh di sudut hati,
aku pasrah dengan keputusanmu dan ketegaan dia,
melihat aku derita di sudut hatiku..

khabar kebahagiaan kau dan dia sentiasa di hujung telingaku,
membuat hatiku pedih, namun tiada air mata lagi,
sampai akhirnya kau membuat pengakuan,
jarak dan taraf akademik yang memisahkan kita,
ada yang lebih layak untukku suatu hari nanti, ujarmu..

namun hati mana yang tidak sedih melihat kebahagiaan dirimu,
melihat dia merancang kehidupan bahagia bersamamu kelak,
di sini, hatiku masih luka,
memikirkan adakah pengganti dirimu?
hati ini pasrah dengan segala-galanya,
mungkin sudah ditakdirkan Ilahi..

aku mendoakan kau bahagia dengannya hingga hujung nafasmu,
lupakanlah aku dan jangan sesekali kau hubungi aku lagi,
jangan persoalkan jika aku tidak mahu lagi bersua dengan mu,
biarkan aku berlalu dari hidupmu,
untuk mencari kebahagiaan,
TANPA DIRIMU...


p/s: lepas ni sumpah aku x ingt, teringt, sengaje ingt or stalker kau lg.. semoge bahagie ye kawan

Ya Allah,, izinkan aku mencapai cita2 ku..

No comments:

Post a Comment